A. Hamid Jemain

A. Hamid Jemain merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Johor.A. Hamid Jemain telah dilahirkan di Muar, Johor pada 23 April 1961. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris (2) Kulai sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Sultan Ibrahim Kulai. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Mohd. Khalid Johor Bahru. Selepas menamatkan pendidikannya, beliau berkhidmat sebagai guru di Pahang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu. Kini bertugas sebagai guru di SMK Tun Dr. Ismail Bakri, Muar, Johor.Beliau berkecimpung dalam penulisan berkaitan dengan genre cerpen, sajak, novel, resensi, berita, rencana, buku rujukan bahasa Melayu SPM dan puisi tradisional. Sajak-sajak beliau disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Majalah I, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Wanita, Keluarga, Majlis, Sinar Rohani, Cahaya, URTV, Jendela Selatan, Harmoni, Pendidik, Nur, Wasilah, Siasah, Klasik Nasional, Remix dan lain-lain. Antara antologi bersama ialah Ceretra 94, Dramaga, Ratib 1000 syair, Bayi Kota Berahi, Pasir Salak, Kedamaian, Daksina, Manuskrip Luka Bangsa, Potret, Pusaka Bangsa, Tsunami, Suara Bukit Timbalan, Manggar-manggar Kemedrekaan, Gema Membelah Gema, Di Padang Kasih Bermula, Bahasa Sungai dan lain-lain.